Draf. Kandungan agama ini belum disemak penyemak agama laman ni. Untuk soal hukum, rujuk ustaz atau mutawif.
Cara mengerjakan umrah mengikut nota Tabung Haji: berniat ihram di miqat, tawaf tujuh pusingan, sa'ie tujuh kali antara Safa dan Marwah, kemudian bercukur atau bergunting. Semua rukun mesti ikut tertib. Rumusan awal ini belum disemak penyemak agama, jadi untuk soal hukum rujuk ustaz atau mutawif.
Cara mengerjakan umrah langkah demi langkah
| Langkah | Apa yang dibuat | Baca lanjut |
|---|---|---|
| 1. Persediaan | Mandi sunat ihram, wuduk, kemaskan kuku, misai dan rambut, solat sunat ihram | Niat umrah |
| 2. Niat ihram | Berniat di miqat, kemudian jaga larangan ihram | Miqat umrah |
| 3. Talbiah | Diperbanyak dari ihram sehingga sampai di Kaabah (sumber Saudi) | Niat umrah |
| 4. Tawaf | Tujuh pusingan, Kaabah di sebelah kiri, bermula dan berakhir di Hajarul Aswad | Rukun dan wajib |
| 5. Solat sunat tawaf | Dua rakaat di belakang Maqam Ibrahim atau tempat lain dalam masjid (sumber Saudi) | |
| 6. Sa'ie | Tujuh kali Safa ke Marwah, mula di Safa dan tamat di Marwah | Sa'ie umrah |
| 7. Bercukur atau bergunting | Sekurang-kurangnya tiga helai rambut, selepas sa'ie | Rukun dan wajib |
Selepas langkah terakhir, umrah sempurna dan larangan ihram dibolehkan semula mengikut sumber Saudi. Nota Tabung Haji tidak menggunakan istilah tahallul secara khusus, tetapi langkah yang paling hampir ialah bercukur atau bergunting.
Rukun dan wajib umrah
Nota Tabung Haji menyenaraikan lima rukun umrah: niat ihram, tawaf, sa'ie, bercukur atau bergunting, dan tertib. Wajib umrah ialah niat di miqat dan meninggalkan larangan ihram. Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan (Bayan Li al-Haj Siri 2, 09/08/2017) menyenaraikan empat rukun: ihram, tawaf, sa'ie dan tahallul. Beza ini nampaknya pada cara mengira (tertib dikira rukun dalam nota Tabung Haji, tidak dalam senarai Mufti WP), tetapi aku tidak pasti, jadi sahkan dengan guru kursus. Butiran penuh di rukun dan wajib umrah.
Hukum umrah
Bayan Li al-Haj Siri 2 menyebut ulama berbeza. Sebahagian mewajibkan umrah sekali seumur hidup bagi yang mampu, dan ini disebut sebagai pandangan sahih dalam mazhab Syafi'i. Imam Malik dan Imam Abu Hanifah menyatakan sunat muakkad. Untuk umrah berulang kali, baca umrah mabrur.
Pakaian ihram lelaki dan wanita
Lelaki memakai dua helai kain yang tidak bercantum. Wanita memakai pakaian yang menutup seluruh tubuh kecuali muka dan dua pergelangan tangan, menurut nota Tabung Haji. Bagi syarat visa dan dokumen wanita, baca umrah untuk wanita dan dokumen umrah.
Perbezaan sumber yang kau patut tahu
Halaman ni guna dua jenis sumber. Nota Tabung Haji dan Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan ialah sumber Malaysia. Sumber Ibn Baz terbitan Arab Saudi memberi butiran tambahan seperti solat sunat tawaf, sa'ie tanpa suci dan potongan rambut wanita. Butiran sumber Saudi aku tandakan supaya kau tahu ia bukan daripada nota Tabung Haji. Ikut bimbingan mutawif kumpulan kau bila ada beza.
Baca juga
Soalan lazim cara mengerjakan umrah
Berapa lama nak buat umrah?
Rukun umrah sendiri boleh siap dalam satu hari bergantung kesesakan, tetapi tempoh perjalanan bergantung visa dan tiket. Lihat umrah berapa hari.
Boleh buat umrah sendiri tanpa agensi?
Boleh dengan visa dan permit yang betul. Lihat umrah DIY dan visa dan Nusuk.
Apa nak buat kalau terlupa bilangan sa'ie?
Nota Tabung Haji menyebut cukup tujuh kali dengan yakin. Tanya mutawif atau guru kursus bagi kes kau. Lihat sa'ie umrah.
Fakta disemak pada 19/11/2026. Rumusan awal, belum disemak penyemak agama.


