Draf. Kandungan ni belum disemak oleh penyemak agama. Jangan jadikan rujukan hukum. Untuk soalan hukum, rujuk ustaz atau pihak berautoriti.
Tawaf umrah ialah tujuh pusingan mengelilingi Kaabah, bermula dan berakhir di sudut Hajarul Aswad, dengan Kaabah di sebelah kiri. Ia rukun umrah dan dibuat sebelum sa'ie. Halaman ni rumusan awal daripada nota Tabung Haji dan belum disemak penyemak agama.
Syarat sah tawaf menurut Tabung Haji
- Suci daripada hadas besar dan kecil, serta suci badan, pakaian dan tempat tawaf daripada najis.
- Menutup aurat. Had aurat lelaki dan wanita dinyatakan berasingan dalam nota.
- Cukup tujuh pusingan dengan yakin.
- Menjadikan Baitullah di sebelah kiri dan berjalan ke hadapan.
- Bermula dan berakhir pada sudut Hajarul Aswad.
- Dilakukan dalam Masjidil Haram dan di luar Kaabah.
- Mengekalkan niat tawaf.
Niat tawaf umrah
Nota Tabung Haji Minggu 3 memberi contoh lafaz niat tawaf umrah: "Ya Allah aku hendak Tawaf Baitullah al-Haram tujuh keliling Tawaf" dan sambungan "maka permudah dan terimalah daripadaku kerana Allah". Nota itu juga menyebut niat tawaf wajib bagi tawaf wada', sunat dan nazar, dan sunat bagi tawaf qudum. Untuk tawaf rukun, ringkasan yang aku baca tidak memberi lafaz niat. Baca niat umrah untuk niat ihram.
Apa sumber Saudi tambah
Sumber Ibn Baz (terbitan Arab Saudi) menyebut Hajarul Aswad disentuh atau dicium jika mampu, dan jika tidak memadai dengan isyarat dan takbir tanpa menyakiti orang lain. Rukun Yamani disentuh jika mampu tanpa dicium. Doa dan zikir bebas, dan antara Rukun Yamani dan Hajarul Aswad disunatkan membaca doa "Rabbana atina fi al-dunya hasanah". Lelaki disunatkan ramal pada tiga pusingan pertama tawaf qudum. Selepas tawaf, solat dua rakaat di belakang Maqam Ibrahim atau tempat lain dalam masjid. Ini sumber luar Malaysia, jadi ikut bimbingan mutawif jika ada beza.
Selepas tawaf
Rukun seterusnya ialah sa'ie, kemudian bercukur atau bergunting. Urutan penuh di tatacara umrah.
Soalan lazim tawaf umrah
Berapa pusingan tawaf umrah?
Tujuh pusingan, bermula dan berakhir di Hajarul Aswad.
Tawaf perlu suci?
Ya, nota Tabung Haji mensyaratkan suci daripada hadas besar dan kecil. Sumber Saudi juga menyebut tawaf tidak boleh dilakukan sebelum suci.
Wanita haid boleh tawaf?
Syarat suci daripada hadas menunjukkan tidak, tetapi kes khusus tanya ustazah atau mutawifah.
Fakta disemak pada 19/11/2026. Rumusan awal, belum disemak penyemak agama.


