Draf. Kandungan ni belum disemak oleh penyemak agama. Jangan jadikan rujukan hukum. Untuk soalan hukum, rujuk ustaz atau pihak berautoriti.
Tawaf wada' ialah tawaf perpisahan: 7 pusingan Kaabah tanpa saie, kemudian berdoa dan meninggalkan Masjidilharam. Nota KAH TH menyenaraikan meninggalkan tawaf wada' tanpa uzur syarie sebagai sebab dam, dan Panduan Haji TH tidak mewajibkannya ke atas wanita haid atau nifas.
Cara tawaf wada'
- Kelilingi Kaabah 7 kali tanpa saie.
- Berdoa, kemudian tinggalkan Masjidilharam.
- Nota KAH Minggu 3 menyebut niat diperlukan untuk tawaf wada'.
Hukum tawaf wada': sumber tak seragam
| Sumber | Apa disebut |
|---|---|
| Panduan Haji TH | Dilabel "rukun haji yang terakhir". Tidak wajib ke atas wanita haid atau nifas |
| Nota KAH Minggu 5 | Meninggalkan tawaf wada' tanpa uzur syarie disenaraikan sebagai sebab dam |
| Nota KAH Minggu 3 | Tawaf wada' disenaraikan antara jenis tawaf. Hukumnya tidak dinyatakan jelas |
| Nota KAH Minggu 6 dan 7 | Tidak menyatakan hukum atau tidak menyebutnya |
Label "rukun" dalam Panduan Haji TH nampaknya merujuk langkah terakhir dalam urutan haji, kerana nota yang sama menyatakan meninggalkannya dikenakan dam, yang bermaksud ia dikira wajib, bukan rukun. Tetapi itu tafsiran aku, bukan kenyataan sumber, jadi sahkan dengan ustaz.
Beza jenis tawaf
| Tawaf | Kedudukan |
|---|---|
| Tawaf ifadah (tawaf rukun haji) | Rukun (Nota KAH Minggu 3 dan 7) |
| Tawaf qudum | Sunat untuk Ifrad dan Qiran (Nota Minggu 7) |
| Tawaf wada' | Dam jika ditinggalkan tanpa uzur (Nota Minggu 5) |
Sunat semasa tawaf
- Istilam, menyentuh Hajarul Aswad di permulaan.
- Ramal bagi lelaki pada tiga pusingan pertama.
- Solat sunat tawaf.
Panduan Haji TH menambah jangan masuk Hijr Ismail, Kaabah di sebelah kiri, dan lelaki tidak menanggalkan rida semasa tawaf.
Sebelumnya: Hari Tasyrik. Untuk pulang: persediaan pulang haji.
Soalan lazim
Tawaf wada' perlu saie?
Tidak, 7 pusingan tanpa saie.
Wanita haid wajib tawaf wada'?
Tidak menurut Panduan Haji TH.
Apa jadi jika tinggal tawaf wada'?
Dam jika tanpa uzur syarie menurut Nota Minggu 5.
Tawaf wada' rukun atau wajib?
Sumber tak seragam. Lihat jadual di atas dan rujuk ustaz.
Draf, belum disemak penyemak agama. Isi daripada Nota Kursus Asas Haji (KAH) 1446H dan Panduan Haji TH, disemak pada 19/11/2026. Jika sumber bercanggah aku tandakan. Rujuk mutawif atau ustaz sebelum bertindak.


