Notis. Kerajaan menasihatkan tangguh sementara perjalanan umrah (12/10/2026). Lihat status semasa. Angka kos ialah anggaran, bukan harga semasa.
Lorong berlengkung di kawasan Masjidil Haram pada waktu siang

Hari Tasyrik 11 hingga 13 Zulhijah: melontar tiga jamrah

Fakta disemak pada 19/11/2026

Draf. Kandungan ni belum disemak oleh penyemak agama. Jangan jadikan rujukan hukum. Untuk soalan hukum, rujuk ustaz atau pihak berautoriti.

Jawapan ringkas

Pada 11, 12 dan 13 Zulhijah jemaah melontar 7 biji batu di setiap tiga jamrah mengikut susunan Sughra, Wusta, Kubra, dan bermalam di Mina. Waktu afdal selepas gelincir matahari. Nafar awal dibenarkan jika keluar dari Mina sebelum matahari terbenam 12 Zulhijah, dengan syarat tertentu.

Melontar tiga jamrah

TarikhWaktu afdalWaktu harus
11 ZulhijahSelepas gelincir matahariDari fajar hingga terbenam matahari 13 Zulhijah
12 ZulhijahSelepas gelincir matahariDari fajar 12 hingga terbenam 13 Zulhijah
13 ZulhijahSelepas gelincir matahariDari fajar 13 hingga terbenam 13 Zulhijah

Mabit di Mina

Nota KAH Minggu 6 mentakrif mabit sebagai berada di bumi Mina pada malam Hari Tasyrik, lebih daripada separuh malam. Itu pendapat muktamad (al-asah). Ada pendapat lain bahawa memadai berada seketika sebelum dan semasa Subuh, tetapi nota mengehadkannya kepada kes darurat dan hajah.

Uzur yang disebut

Mabit di Mina dan melontar tiga jamrah ialah wajib haji. Syarat khusus yang menyebabkan dam jika mabit Mina ditinggalkan tidak dinyatakan dengan jelas dalam nota yang aku baca.

Nafar awal dan nafar thani

Nafar awal

Meninggalkan Mina pada 12 Zulhijah tanpa mabit dan melontar pada 13 Zulhijah. Syarat dalam Nota KAH Minggu 6:

  1. Keluar dari Mina sebelum matahari terbenam 12 Zulhijah.
  2. Telah melontar pada 11 dan 12 Zulhijah.
  3. Telah bermabit di Mina malam 11 dan 12 Zulhijah.
  4. Berniat nafar awal sebelum meninggalkan Mina, diikuti perbuatan keluar.
  5. Berazam tidak kembali ke Mina pada 13 Zulhijah untuk bermalam atau melontar.

Nafar thani

Berlaku apabila amalan wajib di Mina pada 11, 12 dan 13 Zulhijah dan melontar tiga jamrah pada hari-hari itu telah selesai.

Panduan Haji TH menyebut yang perlu keluar awal boleh keluar sebelum matahari terbenam 12 Zulhijah, selari dengan syarat nafar awal di atas.

Sebelumnya: melontar 10 Zulhijah. Seterusnya: tawaf wada'.

Soalan lazim

Berapa batu setiap hari Tasyrik?

7 biji di setiap tiga jamrah.

Bila nafar awal?

Keluar dari Mina sebelum matahari terbenam 12 Zulhijah dengan syarat yang disebut.

Boleh melontar sebelum Zuhur?

Waktu harus bermula dari fajar, tetapi waktu afdal selepas gelincir matahari menurut Nota KAH Minggu 6.

Berapa lama mabit di Mina?

Lebih daripada separuh malam menurut pendapat muktamad dalam nota.

Wajib atau sunat mabit di Mina?

Wajib haji.

Draf, belum disemak penyemak agama. Isi daripada Nota Kursus Asas Haji (KAH) 1446H dan Panduan Haji TH, disemak pada 19/11/2026. Jika sumber bercanggah aku tandakan. Rujuk mutawif atau ustaz sebelum bertindak.

Sumber