Notis. Kerajaan menasihatkan tangguh sementara perjalanan umrah (12/10/2026). Lihat status semasa. Angka kos ialah anggaran, bukan harga semasa.
Kaabah dilihat dari sudut rendah di Masjidil Haram

Pakej haji PJH: kelas, harga bermula dan jarak hotel

Fakta disemak pada 15/11/2026

Jawapan ringkas

Wukuf.my menyenaraikan 494 pakej haji daripada 34 PJH. Harga bermula RM42,990 dan setinggi RM284,990 pada Fasa 1, dengan tempoh 30 hingga 47 hari dan jarak hotel 50 hingga 630 meter dari masjid. Ini direktori pihak ketiga, bukan harga rasmi Tabung Haji, jadi sahkan setiap pakej dengan PJH.

Pakej haji PJH ikut kelas

KelasBilangan pakejHarga bermula
Ekonomi242RM42,990
Premium141RM48,990
Premium+53RM60,990
Standard32RM54,980
VIP7Tidak dicatat

Jumlah lima kelas ini ialah 475, bukan 494. Aku tak tahu kategori mana yang hilang dan tak mahu meneka. Sebab itu angka ini ialah gambaran kasar sahaja.

Apa nak banding sebelum pilih pakej haji

Beza PJH dan muassasah ada di muassasah atau PJH dan PJH. Anggaran kos haji ikut kategori pendapatan ada di kos haji 2027.

Soalan lazim pakej haji

Berapa harga pakej haji PJH termurah?

RM42,990 untuk kelas Ekonomi dalam senarai Wukuf.my, Fasa 1.

Berapa lama pakej haji?

30 hingga 47 hari dalam senarai itu.

Harga ni rasmi?

Tidak. Ia ringkasan pihak ketiga. Minta sebut harga bertulis daripada PJH.

Data Wukuf.my dibaca pada 14/11/2026. Musim yang dipaparkan tidak aku sahkan.

Cara baca jadual harga pakej haji

Satu angka "harga bermula" jarang cukup untuk memutuskan. Dari senarai Wukuf.my, harga bermula bagi kelas Ekonomi (RM42,990) dan Premium (RM48,990) hanya berbeza RM6,000, tetapi Premium+ (RM60,990) melonjak RM12,000 lagi. Bezanya biasanya datang daripada jarak hotel dan bilangan sebilik, bukan semata-mata nama kelas.

KelasHarga bermulaBeza dengan kelas sebelumnya
EkonomiRM42,990Asas
PremiumRM48,990RM6,000
Premium+RM60,990RM12,000 daripada Premium

Kelas Standard (RM54,980) duduk di antara Premium dan Premium+ dari segi harga tetapi dinamakan seolah-olah lebih asas. Itu sebab nama kelas tak boleh jadi asas perbandingan. Wukuf.my menyatakan tiada takrifan seragam antara PJH.

Contoh: kenapa dua pakej "sama kelas" harganya jauh beza

Soalan untuk setiap pakej yang kau shortlist

  1. Harga ini Fasa 1 atau rayuan, dan bila tarikh tutup?
  2. Yuran PJH RM23,398 termasuk atau ditambah?
  3. Nama hotel Makkah dan Madinah, dan jarak ke pintu mana, dalam meter?
  4. Bilangan orang sebilik, dan jenis katil.
  5. Tempoh sebenar pakej dan tarikh pulang.
  6. Lokasi khemah Mina, penyaman dan bilangan sekhemah.
  7. Pengangkutan: bas atau tren Haramain.
  8. Takaful, kursus, ziarah dan kit: senaraikan satu persatu.

Soalan lazim tambahan

Kenapa jumlah pakej tak sepadan dengan jumlah kelas?

Lima kelas yang disenaraikan berjumlah 475, bukan 494. Kategori yang hilang tak dinyatakan, jadi anggap angka ini gambaran kasar.

Berapa PJH berlesen?

Wukuf.my menyenaraikan 34 untuk 2027. RTM melaporkan 31 dilantik untuk musim 1447H. Senarai rasmi ada pada Tabung Haji.

Pakej PJH atau Muassasah?

Lihat jadual kos dan kiraan jurang di muassasah atau PJH.

Sumber