Notis. Kerajaan menasihatkan tangguh sementara perjalanan umrah (12/10/2026). Lihat status semasa. Angka kos ialah anggaran, bukan harga semasa.
Lorong berlengkung di kawasan Masjidil Haram pada waktu siang

Larangan ihram haji: apa panduan TH sebut

Fakta disemak pada 19/11/2026

Draf. Kandungan ni belum disemak oleh penyemak agama. Jangan jadikan rujukan hukum. Untuk soalan hukum, rujuk ustaz atau pihak berautoriti.

Jawapan ringkas

Nota KAH TH menyenaraikan 13 larangan ihram, dibahagi taraffuh (1 hingga 7) dan itlaf (8 hingga 13). Sengaja melanggar: berdosa dan dam. Tidak sengaja atau jahil: taraffuh tiada dosa dan tiada dam, itlaf tiada dosa tetapi dikenakan dam. Nikah tidak sah dan tiada dam.

13 larangan ihram

NoLaranganKumpulan menurut nota
1Menutup kepala (lelaki)Taraffuh
2Memakai pakaian bersarung atau berjahit (lelaki)Taraffuh
3Menutup muka (perempuan)Taraffuh
4Memakai sarung tanganTaraffuh
5Memakai bau-bauanTaraffuh
6Memakai minyak di kepala atau janggutTaraffuh
7Muqaddimah jimakTaraffuh
8BersetubuhItlaf
9Nikah kahwin, termasuk mengahwinkan dan menerima wakil kahwinItlaf
10Menggugurkan rambut atau buluItlaf
11Memotong kukuItlaf
12Memburu dan membunuh binatang buruanItlaf
13Menebang atau mencabut pokok dan tumbuhan di Tanah HaramItlaf

Nota Minggu 5 tidak konsisten dalam mengelaskan item 8 dan 9: satu slaid meletakkannya di bawah itlaf, slaid lain memasukkannya dalam senarai taraffuh. Jadual di atas ikut pembahagian 1 hingga 7 dan 8 hingga 13 yang nota gunakan.

Hukuman

Jenis dam

JenisPilihan
Tertib dan taqdirSembelih kibas atau kambing (atau seperpuluh tujuh lembu atau unta). Jika tak mampu, sedekah 10 cupak makanan asasi. Jika tak mampu, puasa 10 hari (3 semasa ihram, 7 selepas pulang)
Takhyir dan taqdirPilih antara sembelihan, sedekah kepada 6 fakir miskin (2 cupak setiap seorang), atau puasa 3 hari
Takhyir dan taadilUntuk memburu dan menebang. Sembelih ternakan sebanding, atau sedekah makanan bernilai sama, atau puasa mengikut bilangan cupak (1 cupak sehari)

Nota tidak memetakan setiap larangan kepada jenis dam secara jelas, jadi untuk satu kes tertentu rujuk ustaz.

Jimak yang merosakkan haji

Menurut nota: sembelih unta (atau lembu, 7 kambing, atau makanan bernilai unta, atau puasa jika tak mampu). Haji dan umrah perlu diqada. Dam ditanggung suami. Ihsar (tertahan daripada menyempurnakan haji): sembelih kambing atau bahagian unta di tempat tertahan.

Selepas tahallul

Tahallul awal membebaskan 10 daripada 13 larangan, kecuali muqaddimah jimak, jimak dan nikah. Baca melontar jamrah 10 Zulhijah. Panduan Haji TH tambah: lelaki memakai izar dan rida tanpa menanggalkan rida semasa tawaf, wanita menutup aurat dengan muka dan tapak tangan terbuka, jangan masuk Hijr Ismail.

Soalan lazim

Berapa larangan ihram?

13 menurut Nota KAH Minggu 5.

Tak sengaja guna wangian, kena dam?

Taraffuh tidak sengaja atau jahil: tiada dosa dan tiada dam menurut nota.

Tak sengaja potong kuku, kena dam?

Itlaf tidak sengaja: tiada dosa tetapi dikenakan dam.

Nikah semasa ihram sah?

Tidak sah dan tiada dam.

Apa dam tertib dan taqdir?

Lihat jadual jenis dam di atas.

Draf, belum disemak penyemak agama. Isi daripada Nota Kursus Asas Haji (KAH) 1446H dan Panduan Haji TH, disemak pada 19/11/2026. Jika sumber bercanggah aku tandakan. Rujuk mutawif atau ustaz sebelum bertindak.

Sumber