Notis. Kerajaan menasihatkan tangguh sementara perjalanan umrah (12/10/2026). Lihat status semasa. Angka kos ialah anggaran, bukan harga semasa.
Lorong berlengkung di kawasan Masjidil Haram pada waktu siang

Muzdalifah malam 10 Zulhijah: jamak takhir dan kutip batu

Fakta disemak pada 19/11/2026

Draf. Kandungan ni belum disemak oleh penyemak agama. Jangan jadikan rujukan hukum. Untuk soalan hukum, rujuk ustaz atau pihak berautoriti.

Jawapan ringkas

Mabit di Muzdalifah ialah wajib haji. Menurut Nota KAH TH, masanya mulai separuh malam 10 Zulhijah hingga sebelum terbit fajar, dan memadai berada di sana walaupun seketika. Tanpa uzur syarie, berdosa dan dikenakan dam tertib dan taqdir. Jemaah dijamak takhir Maghrib dan Isyak dan mengutip 7 biji batu.

Hukum dan masa mabit

Uzur yang disebut

Dam tertib dan taqdir

  1. Sembelih kibas atau kambing, atau seperpuluh tujuh lembu atau unta, di Tanah Haram.
  2. Jika tak mampu, sedekah 10 cupak makanan asasi.
  3. Jika tak mampu, puasa 10 hari: 3 hari semasa ihram dan 7 hari selepas pulang.
  4. Jika tak mampu, kekal sebagai tanggungan.

Susunan ini daripada Nota KAH Minggu 5. Nota yang sama tidak memetakan setiap sebab dam kepada jenis dam secara jelas, jadi untuk kes tertentu rujuk ustaz. Seperpuluh tujuh bermaksud satu bahagian daripada tujuh bahagian lembu atau unta.

Solat di Muzdalifah

Maghrib dan Isyak dijamak takhir. Panduan Haji TH menyebut solat mesti dilakukan sebelum waktu Isyak tamat.

Mengutip batu

Kutip 7 biji batu untuk Jamrah Kubra (Aqabah). Panduan menyebut batu boleh dikutip di mana-mana tempat sesuai, tidak semestinya di Muzdalifah. Nota KAH menyenaraikan mengutip batu sebagai sunat. Syarat batu semasa melontar ada di melontar jamrah 10 Zulhijah.

Amalan sunat di Muzdalifah

Talbiah, doa, zikir dan solat sunat.

Sebelumnya: wukuf di Arafah.

Soalan lazim

Mabit di Muzdalifah wajib?

Ya, wajib haji menurut Nota KAH Minggu 3 dan 5.

Berapa lama kena berada di Muzdalifah?

Walaupun seketika dalam tempoh separuh malam hingga sebelum terbit fajar.

Berapa batu perlu dikutip?

7 biji untuk Jamrah Kubra.

Apa jadi jika tak mabit tanpa uzur?

Berdosa dan dikenakan dam tertib dan taqdir. Haji tetap sah.

Mesti kutip batu di Muzdalifah?

Tidak, boleh di mana-mana tempat sesuai menurut Panduan Haji TH.

Draf, belum disemak penyemak agama. Isi daripada Nota Kursus Asas Haji (KAH) 1446H dan Panduan Haji TH, disemak pada 19/11/2026. Jika sumber bercanggah aku tandakan. Rujuk mutawif atau ustaz sebelum bertindak.

Sumber