Notis. Kerajaan menasihatkan tangguh sementara perjalanan umrah (12/10/2026). Lihat status semasa. Angka kos ialah anggaran, bukan harga semasa.
Masjid Nabawi dengan langit merah pada waktu senja

Tawaf umrah: tujuh pusingan, syarat sah dan niat tawaf

Fakta disemak pada 19/11/2026

Draf. Kandungan ni belum disemak oleh penyemak agama. Jangan jadikan rujukan hukum. Untuk soalan hukum, rujuk ustaz atau pihak berautoriti.

Jawapan ringkas

Tawaf umrah ialah tujuh pusingan mengelilingi Kaabah, bermula dan berakhir di sudut Hajarul Aswad, dengan Kaabah di sebelah kiri. Ia rukun umrah dan dibuat sebelum sa'ie. Halaman ni rumusan awal daripada nota Tabung Haji dan belum disemak penyemak agama.

Syarat sah tawaf menurut Tabung Haji

Niat tawaf umrah

Nota Tabung Haji Minggu 3 memberi contoh lafaz niat tawaf umrah: "Ya Allah aku hendak Tawaf Baitullah al-Haram tujuh keliling Tawaf" dan sambungan "maka permudah dan terimalah daripadaku kerana Allah". Nota itu juga menyebut niat tawaf wajib bagi tawaf wada', sunat dan nazar, dan sunat bagi tawaf qudum. Untuk tawaf rukun, ringkasan yang aku baca tidak memberi lafaz niat. Baca niat umrah untuk niat ihram.

Apa sumber Saudi tambah

Sumber Ibn Baz (terbitan Arab Saudi) menyebut Hajarul Aswad disentuh atau dicium jika mampu, dan jika tidak memadai dengan isyarat dan takbir tanpa menyakiti orang lain. Rukun Yamani disentuh jika mampu tanpa dicium. Doa dan zikir bebas, dan antara Rukun Yamani dan Hajarul Aswad disunatkan membaca doa "Rabbana atina fi al-dunya hasanah". Lelaki disunatkan ramal pada tiga pusingan pertama tawaf qudum. Selepas tawaf, solat dua rakaat di belakang Maqam Ibrahim atau tempat lain dalam masjid. Ini sumber luar Malaysia, jadi ikut bimbingan mutawif jika ada beza.

Selepas tawaf

Rukun seterusnya ialah sa'ie, kemudian bercukur atau bergunting. Urutan penuh di tatacara umrah.

Soalan lazim tawaf umrah

Berapa pusingan tawaf umrah?

Tujuh pusingan, bermula dan berakhir di Hajarul Aswad.

Tawaf perlu suci?

Ya, nota Tabung Haji mensyaratkan suci daripada hadas besar dan kecil. Sumber Saudi juga menyebut tawaf tidak boleh dilakukan sebelum suci.

Wanita haid boleh tawaf?

Syarat suci daripada hadas menunjukkan tidak, tetapi kes khusus tanya ustazah atau mutawifah.

Fakta disemak pada 19/11/2026. Rumusan awal, belum disemak penyemak agama.

Sumber